| Klik ke main page >> |
UCAPAN YDP ASTI
dan Salam Sejahtera kepada semua bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Teluk Intan.
Bros and Sis;
Persatuan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Teluk Intan atau Alumni SEMESTI dengan nama ringkasnya, ASTI, telah ditubuhkan selepas 25 tahun SEMESTI dibuka.
Mesyuarat agung tahunan yang pertama telah diadakan pada 6hb Mac 2010 dan secara rasminya hampir 200 bekas pelajar telah menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini dirasmikan oleh YBHG Tan Sri Alimudin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia selaku penaung ASTI. Beliau juga merupakan bekas Pengetua SEMESTI. Di mesyuarat ini juga pelantikan rasmi Ahli Jawatankuasa (AJK) ASTI telah diadakan di kalangan bekas pelajar-pelajar yang hadir.
Barisan AJK ASTI terdiri daripada gabungan warga SEMESTI pelbagai batch dan setiap batch juga telah melantik AJK tetap masing-masing semasa mesyuarat tersebut.
Seterusnya, pihak AJK telah pun menyumbang tenaga dan masa bagi memperkasakan ASTI. Secara ringkasnya, wawasan dan matlamat ASTI adalah seperti berikut :-
WAWASAN : ASTI peneraju keunggulan warga SEMESTI menjelang 2020
MATLAMAT : Bagi mencapai wawasan, ASTI akan menjalinkan kerjasama antara warganya dan masyarakat melalui kegiatan berteraskan alma mater, sosial dan ekonomi.
AJK ASTI telah menyediakan kalender aktiviti (taqwim) pada tahun 2010/2011 dan diantaranya adalah seperti berikut :-
ASTI setakat ini mempunyai hampir 200 orang ahli dan sekiranya dibandingkan dengan hampir 5000 orang bekas pelajar yang telah meninggalkan SEMESTI, secara kasarnya keahlian buat masa ini adalah tidak sampai 5%.
Saya memohon dan menyeru kepada semua warga bekas SEMESTI agar mendaftar menjadi ahli demi menaikkan jumlah ahli dan seterusnya merencanakan pelbagai aktiviti dengan lebih komprehensif. Adalah menjadi hasrat saya dan semua AJK yang lain untuk mencapai sekurang-kurangnya 1000 orang ahli yang berdaftar pada tahun ini.
Pihak AJK juga sedang mengumpul dan mengemaskini pangkalan data (database) ASTI dan warga bekas SEMESTI. Saya amat teruja melihat database yang menunjukkan pelbagai kejayaan yang telah dicapai oleh warga ASTI seperti dibidang kedoktoran, kejuruteraan, perakaunan, perniagaan, pegawai kerajaan dan swasta dan juga orang perseorangan yang telah mencipta nama di dalam dan di luar negara.
Dengan adanya database ASTI ini, ahli-ahli juga bolehlah meluaskan networking dan pengetahuan dibidang-bidang tertentu bagi menambahkan pengetahuan dan kerjasama diantara ahli.
Adalah menjadi hasrat ASTI untuk kembali ke sekolah ( Alma Matér) bagi membangunkan SEMESTI di dalam apa jua bentuk, yang bersesuaian dan dapat dimenafaatkan, seperti :- 1) Career Talk kepada pelajar untuk membuka minda mereka 2) Konsultansi Kerjaya kepada pelajar bagi yang memerlukan nasihat dan pandangan tentang kerjaya masa hadapan mereka 3) Kerja-kerja kebajikan oleh ASTI seperti pembaikpulihan surau, lanskap dan sebagainya 4) Sebarang idea-idea yang dapat dimenafaatkan untuk kebaikan SEMESTI
Pada masa yang sama, ASTI juga telah diwakili oleh pasukan hoki (ASTI Cobra) dan kita menggalakkan warga ASTI untuk menceburi pelbagai aktiviti yang bersesuaian bagi mencapai matlamat kita untuk menaikkan imej persatuan kepada masyarakat.
Dengan usia yang sebegitu muda, ASTI yang secara rasminya berusia kurang dari setahun sehingga kini, saya menyeru agar warga bekas SEMESTI untuk mendaftar sebagai ahli ASTI. Warga kerja ASTI juga telah menyediakan laman web rasmi SEMESTI, iaitu www.alumni semesti.com bagi memudahkan warga SEMESTI untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan dengan pendaftaran ahli, juga menyertai forum untuk bertukar pendapat dan mendapatkan maklumat terkini tentang aktiviti ASTI.
Warga SEMESTI juga boleh menghubungi Setiausaha dan Bendahari ASTI bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan pendaftaran keahlian.
Akhir kata :
Selamat Datang ke ASTI dan saya memohon agar warga bekas SEMESTI bersama-sama menyumbang tenaga, masa dan kewangan bagi memajukan persatuan ini.
Terima kasih
Rodzi Ahmad aka Jocko (SPM 85) YDP ASTI 2010
|
| Klik ke main page >> |
|
|
|
|